Tuesday, November 25, 2008

VISI

  • Menjana Saudara Kita yang sepadu keilmuannya, berkeperibadian unggul, nilai moral dan akhlak yang terpuji, sosioekonomi mapan, berminda global dan cemerlang dalam aspek dunia dan akhirat.

MISI

  1. Memberi perkhidmatan sosial (amal&jariah) sebagai salah satu kaedah dakwah
  2. Merangka Cara Hidup Acuan Mualaf (CHAM) yang berlandaskan Islam.
  3. Menitikberatkan methodologi interaksi yang betul terhadap Al-Quran & As-Sunnah
  4. Mewujudkan pakar rujuk (kefahaman Islam) di kalangan warga SAHABAT yang memahami psiko-sosiobudaya mualaf.
  5. Mengembangkan peluang belajar kepada semua mualaf di Sabah
  6. Melahirkan kelompok Usahawan Niaga di kalangan ahli SAHABAT untuk menjana ekonomi.
  7. Membina kampus / kompleks SAHABAT.

Sunday, November 23, 2008

Objektif SAHABAT

  1. Membantu merancang dan mengurus hal ehwal pengajian agama, kebajikan dan perlindungan kepada para mualaf.
  2. Menjadi badan yang menaungi para mualaf di Kota Kinabalu.
  3. Membantu mengendalikan proses sebelum dan selepas pengislaman mana-mana individu yang bercadang untuk menganut Islam
  4. Membantu merancang dan mengurus pembangunan sahsiah Saudara Kita.
  5. Membantu merancang dan mengurus Pusat Bimbingan Teratak Fitrah.
  6. Melaksanakan apa-apa perancangan selaras dengan tujuan-tujuan tersebut yang diputuskan dalam Mesyuarat Agong dan atas permintaan MUIS dari masa ke semasa.
  7. Membantu merancang dan mengurus pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan mualaf.
  8. Membantu mengurus pusat perlindungan mualaf.
  9. Merancang dan melaksanakan apa-apa program yang boleh mendatangkan manfaat ekonomi dan kesejahteraan ahli dan keluarga.